Maklumat Ketidak Hadiran Murid ke Sekolah

Perhatian kepada semua ibubapa/penjaga murid SK Puncak Alam 3 mulai 11 Jun 2012 tuan/puan boleh menghantar SMS kepada sekolah jika anak tuan tidak hadir ke sekolah. Sila SMS kan NAMA ANAK KELAS TARIKH DAN SEBAB TIDAK HADIR ke nombor 03-33932872.

Contoh : “Adalah dimaklumkan bahawa anak saya Ali bin Ahmad kelas 6 Amanah tidak hadir ke sekolah pada 11 & 12/6/2012 kerana demam panas surat cuti sakit akan diserahkan nanti. Terima kasih harap maklum.”

Selamat Kembali Ke Sekolah

Image

Kepada semua murid SKPA 3 selamat kembali semula ke sekolah setelah bercuti selama 2 minggu. Semoga terus berazam dan berusaha untuk kecemerlangan demi diri sendiri keluarga dan juga meharumkan nama sekolah.

Rawatan dan pemeriksaan gigi

Bermula 30 Mei 2012 pihak Pusat Kesihatan Daerah Kuala Selangor telah membuat pemeriksaan dan rawatan gigi kepada semua murid SKPA3. Rawatan berkenaan telah dijalankan di Bilik Kesihatan Sekolah. Rawatan akan diteruskan sehingga semua murid telah diperiksa dan diberikan rawatan.

Program Pemuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6 Tahun 2012

Perancangan Strategik 2011- 2013

CETUSAN HARAPAN GURU BESAR


Perancangan Strategik adalah tulang belakang kepada pengurusan sekolah.Ia merupakan satu proses merancang hala tuju organisasi yang kemudiannya akan menjadi panduan kepada semua guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Perancangan Strategik ini juga adalah suatu agenda pengurusan pendidikan yang amat berkait rapat dengan kecemerlangan dan kualiti akademik ke arah pencapaian matlamat pendidikan bertaraf dunia. Melaluinya setiap program akademik yang bakal dilaksanakan hendaklah dirancang secara penuh sistematik bagi mencapai keberkesanannya dengan melibatkan strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses menyampaikan pelajaran.

Bagi Sekolah Kebangsaan  Puncak Alam 3, fokus Perancangan Strategik 3 tahun ini lebih menekankan kepada pengurusan akademik yang terancang rapi kerana sesungguhnya Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 sentiasa berusaha ke arah melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kecemerlangan, bertaqwa dan sentiasa beriltizam untuk mencapai kecemerlangan. Usaha yang padu serta jitu dengan penggemblengan tenaga para guru amatlah perlu demi merealisasikan impian pelajar, guru-guru, ibubapa dan seluruh warga Puncak Alam.

Perancangan Strategik Pengurusan Akademik ini hendaklah dijadikan sebahagian daripada sistem kawalan yang menentukan prestasi sekolah secara keseluruhannya kerana ia berkaitan dengan membuat keputusan. Keputusan yang dibuat amat penting untuk menentukan hari esok dan masa depan seterusnya.

Buku Perancangan Strategik ini dihasilkan dengan tujuan membolehkan para pendidik sekolah ini terus melaksanakan segala program akademik yang dirancang ke arah pencapaian wawasan negara dengan lebih berkesan.Demi mencapai impian ini keterlibatan dan komitmen setiap warga Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 amatlah penting dan sangat-sangat diperlukan.

Semoga dengan usaha murni ini Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 akan terus mengorak langkah ke hadapan dengan lebih gagah selaras dengan kehendak visi dan misinya.

HJ ISMAIL BIN DAWANI
Guru Besar Cemerlang
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3
42300 Bandar Puncak Alam

Selamat datang murid baru ke Sk Puncak Alam 3

Hello world!

Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the admin dashboard) to start a fresh post.

Here are some suggestions for your first post.

  1. You can find new ideas for what to blog about by reading the Daily Post.
  2. Add PressThis to your browser. It creates a new blog post for you about any interesting  page you read on the web.
  3. Make some changes to this page, and then hit preview on the right. You can always preview any post or edit it before you share it to the world.